Kawan-Kawan Saya

Nak Cari sesuatu?

Loading...

Thursday, June 13, 2013

Percutian ke Singapore [part 2 - 2nd day]


untuk hari ke dua :

Bencooleb hotel (check out)   >>  Merlion Park  >>  Sentosa Island  >>  USS  >>  Vivo City  >> Changi Airport  >>  LCCT

Hari kedua memang cadangnya nak abiskan masa di USS sahaja. Check Out awal pagi lepas breakfast manggi (siap bawa dari rumah) untuk terus ke Merlion Park dulu sebab orang kata kalau dah ke singapore ni, tak sah kalau tak singgah Merlion Park ni.. Nanti takde kenangan la pulak kan.. So, amik teksi jer dari hotel nak ke sana. 

Di Merlion Park nie hanya sibukkan nak bergambar jer la di samping menikmati pemandangan Marina Bay dari jauh.. Sangat Cantik..!!




















................. next entry ke USS

Wednesday, June 12, 2013

Percutian ke Singapore [part 1 - 1st day]


Ini kisah sambutan annivesary kami yang dah sebulan lepas. Baru berkesempatan nak update. Nak cerita panjang lebar tak done la kot. Just cuma percutian pendek 2hari 1 malam sahaja ke sana. Untuk makan angin dan berjalan ke bandaraya singapore dan USS. Sempat juga pergi beberapa tempat yang di idamkan seperti Garden bay the bay, Marina Bay, Bugis street, orchard road, merlion park. Dan ada juga beberapa tempat tak sempat nak pergi seperti china town, little india (mustapha center tempat shopping yang dikatakan lebih murah dari mydin), zoo singapore... Yang paling best adalah pergi sentosa island 2kali. Bukan setakat dapat jalan USS.. sempat juga kami ke siloso beach dan underwater park. Cuma SEA aquarium jer tak pergi. dan tak sempat nak tengok show malam kat sentosa island tue. If bermalam di sentosa island maybe berkesempatan.

Apa yang menarik dengan orang-orang singapore nie, dorang sebenarnya sangat baik hati dan helpful. Seriusly, bila dorang nampak kita ni terpinga-pinga dan mcam tak pasti nak menuju arah mana.. terus dorang tegur dengan berkata "may i help u".. aduuuhhh! terharu sangat... tengah ada orang bantu kami, ada juga yang sanggup berhenti dan menghulurkan bantuan... 5star diberikan kat situ.

Selain itu, orang di singapore ni pergerakannya sangat pantas. Even MRT yang laju tu berhenti setiap 5min pun dorang tetap jalan laju dan berlari nak kejar MRT.. Terpinga2 kitorang yang macam tengah terhegeh2 nie.. hehehe... thats way bila ada kat sana rasa mcm cepatnya masa berlalu...

Situasi di dalam MRT dan dimana2.. aku nengokkan tak kira orang muda, orang tua ataupun kanak-kanak. Di tangan mereka pasti ada gadget canggih.. Tak jumpa yang pakai HP cikai2 nie.. paling cikai aku nampak Samsung Note and Iphone jer.. Mak aikk!! semua dok ngadap gadget manjang.. sangat canggih dorang kat sana. Perkhidmatan dorang memang fokus pada kenderaan awam spt bas, teksi dan MRT. Tak hairan la kalau pukul 12mlm pun dalam MRT masih penuh lagi dengan penumpang. MRT dorang sangat canggih dan user friendly. Tak perlu bertanya bagai untuk fahami cara menaiki MRT. Hanya dengan penanda kaler train sahaja dah cukup paham. Jarak antara satu stesen ke satu stesen tak jauh dengan sesuatu tempat. So, memang tak perlu risaulah untuk mencari stesen MRT ni.

Alhamdulillah bila kami kat sana sangat mudah cari kedai makan yang halal. Memang rezeki kami dan kebetulan jumpa sahaja kedai Halal di sana. semua kedai yang kami pergi adalah kedai makanan orang melayu. So, takde rasa keraguan di situ...

Hari pertama kami di sana :

LCCT   > >    Changi Airport  > >   Orchard Road  > >  Bras Basah (check in Bencoolen hotel)  >> Sentosa Island   >>  Garden By the Bay   >> Marina Bay   >>  Bugis Street   >>  Balik Hotel

Mau patah kaki dari pagi sampai ke malam berjalan. Esok pagi2 dah sambung jalan lagi.






































 ............................ continue next entry 



Monday, June 10, 2013

Rezeki Tahun 2013



 
Dalam diam rupanya berisi. hehehe syukur alhamdulillah rezeki tahun nie bakal mendapat sorang lagi cahayamata. Due inshallah hujung bulan Nov atau awal bula Dis. Almaklumlah unexpected (bajet tahun 2014). So, due yang tepat tak berapa nak pasti. Kita ikut pada EDD scan sahaja lah.. Ini kandungan ke 5 anak ke 3.
 
Nowadays nak masuk 4bulan dah rupanya. Sekejapan masa berlalu. Perbezaan mengandung kali ni, aku rasa sama sahaja. Takde alah macam biasa. Yang beza cuma kurang selera makan. Then, bila makan semuanya tak sedap. Sampai tak tau nak makan apa. Kena ikut org makan apa baru aku makan juga. Tak sepertinya yang sebelumnya... selera makan seperti anak raja. semuanya nak. dah nak, nak lagi..
 
Selain itu, mengandung kali ni juga aku kurang mengantuk dan kurang tidur. kadang2 susah nak tidur dan kadang2 tgh malam leh bangun sebab xleh tidur. kalau dulu... asalkan balik kerja je tidur. ada masa jer mesti tidur. lagi2 lepas makan. pantang disorongkan bantal.. laju jer mata nie lelap. tak disorongkan bantal [un leh lelap juga.
 
muntah2, alah2.. semua aku xpernah rasa, cuma rasa kurang sedap rasa jer. now, asalkan masak jer mesti MASIN! rasa dah letak sikit jer garam.. but, tetap masin.. kihhh!! dasar tak pandai masak... hehehe..
Yang nyata, kali ni masih lagi boleh berbaju kurung.. ekekeke.. dulu, 3buulan jer dah selongkar semua baju ngandung di pakainya. baru 3bulan orang kata mcm dah 5bulan.. bila 5bulan orang kata mcm dah menunggu hari... kiihhh!!
 
 

 
 gambar scan masa 1st check up buka buku.
 
 syukur alhamdulillah.. semoga tahun nie menjadi tahun murah rezeki buat aku dan family aku..
amiiiinnnn.. ;)
 
 

Friday, May 31, 2013

PAC S27 KEMAS dan Temuduga N27


Assalamualaikum....

Dah lama tak update blog. ramai yang bertanya. Sorry la ek.. mood M dah datang. seriusly sangat malas. di sebabkan banyak soklan bertalu2 aku terima pasal pertanyaan PAC S27 KEMAS tempohari camner..? ada yang siap PM lagi.. Terharu saya... But, untuk semua kenkawan PAC, dengan rasminya say maklumkan yang saya tak dapat menghadiri PAC KEMAS tempohari. 





Sebab....????? 


Sebabnya pada sehari sebelum tarikh PAC, suami saya mengalami kemalangan. Jadi, perasaan saya terus rasa DROP sangat untuk datang PAC tersebut walhal sebelum tu saya dah bersemangat dan bersedia untuk ke sana. Takder rezeki saya untuk ke PAC tu... Untuk kenkawan yang dah pergi, saya ucapkan Gudluck dan all the best yea.. korang dah ada peluang di sana :)


Then....



Ada lagi satu saya ada dapat temuduga untuk gred N27. Ramai kawan2 saya yang dapat juga. KAwan sekerja, kawan blogger and FB, kawan sekolah, kawan2 PAC pun dapat temuduga nie. Dan temuduga ni pun saya tak dapat pergi sebab.......


SAYA MALAS....!!!


Kalau tengok pada statistik kekosongan tak la banyak. Tapi yang di panggilnya punyalah ramai. Peluang untuk orang seperti saya sudah tentu tipis.. Saya di maklumkan diorang lebih fokus untuk kenaikan pangkat KPSL dan yang betul2 memerlukan pekerjaan ini. saya sekarang bekerja di bawah skim tertutup jadi... jangan harap la yee... Takpe, saya masih setia dengan JPN.. hikssss!


Untuk kenkawan yang dah pergi temuduga nni dan akan ke temuduga ni, GOOD LUCK and ALL THE BEST!!!

Tuesday, April 30, 2013

Panggilan ke-2 PAC Penolong Pengawai Pembangunan Masyarakat S27


Alhamdulillah sekali lagi di panggil untuk menghadiri PAC kali ke-2 untuk jawatan Penolong Pembangunan Masyarakat S27 ni. Kali ni menghadiri PAC untuk KEMAS pulak. Sebelum ni untuk Jabatan Kebajikan Msyarakat seperti aku ceritakan di ENTRY sebelum nie.

Aduhai...! banyak benar stepnya kan? takpe, sebagai pengalaman InshaAllah aku akan pergi juga even ada "sumthing" yang mungkin boleh mengurangkan markah aku nanti. But, mana tau rezeki Allah nak bagi kan.. Kita percaya pada Dia yang Maha Pemurah.. :)





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BabyAndKids Collections

BabyAndKids Collections
CLICK HERE..!!